PENGAJIAN MALAYSIA
BAB 3 : SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK
1. Muhammad Khalis Bin Md Tamizi - 02DAD16F1101
2. Muhammad Hafiz Hakimi Bin Affandi - 02DAD16F1015
3. Muhammad Adwa' Shifa' Bin Mohd Shaifulnizam - 02DAD16F1075
4. Muhammad Iftekhar Bin Azman - 02DAD16F1129
5. Muhammad Syafiq Syahmi Bin Elias - 02DAD16F1054
PROGRAM : Diploma Kejuruteraan Mekanikal Automotif
SESI : Jun 2016
JABATAN : Kejuruteraan Mekanikal
NAMA PENSYARAH : Puan Yusidawati Yusof
PENGENALAN
Definisi
1. Masyarakat
Kamus Dewan (2005) menyatakan: “Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan – kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya, melalui hubungan bersemuka. Melalui pergaulan, maka berlakulah hubungan sosial yang sifatnya berulangan seperti gotong royong, menjayakan majlis-majlis perkahwinan, menyambut hari-hari kebesaran agama dengan ziarah menziarahi, mengadakan rumah tebuka, jamuan rakyat dan sebagainya. Kekerapan perpaduan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial.”
2. Masyarakat Majmuk
2. Masyarakat Majmuk
Apakah takrifan masyarakat majmuk?
“Masyarakat majmuk adalah kewujudan budaya, ekonomi, tempat tinggal, pegangan ideologi politik dan sosial dalam pelbagai etnik yang berbeza.” Dalam hubungan ini, cuba kita perhatikan pandangan J.S.Furnival, seorang sarjana sains politik yang mula-mula mengemukakan konsep masyarakat majmuk pada tahun 1948. Kata J.S.Furnival:
“Di Burma, seperti di Jawa, barangkali perkara yang amat menarik hati pelawat adalah campuran kumpulan-kumpulan manusia – orang Eropah, Cina, India dan Bumiputera. Dalam ertikata yang setepat-tepatnya, mereka bercampur tetapi tidak bersatu padu. Tiap-tiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, pemikiran dan cara hidup masing-masing. Sebagai seorang perseorangan, mereka bercampur, tetapi hanya diapasar, dalam menjual dan membeli. Wujud satu masyarakat majmuk yang terdiri dari kumpulan-kumpulan manusia yang hidup berdampingan, tetapi berasingan, dalam satu unit politik yang sama. Malahan dalam bidang ekonomi terdapatnya pembahagian tugas atau garis-garis perkauman” (T.P. Jagedo, 1989: 28-9).
Jadi, anda sekarang dapat membuat satu rumusan tentang apa yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk itu. Secara ringkas, ia adalah kemajmukan pelbagai kelompok etnik yang tinggal dibawah satu bumbung politik dalam sesebuah negara tetapi tidak bersatu padu. Masing-masing kelompok mempunyai bahasa, budaya, agama, nilai dan pemikiran serta cara hidup yang berlainan. Dengan kata lain, mereka nampak kelihatan hidup bersama tetapi berasingan.
3. Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut :
1. Berkelompok.
2. Berbudaya
3. Mengalami perubahan.
4. Berhubungan (dalam dan dengan pihak luar).
5. Mempunyai kepimpinan.
6. Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)
Kita semua wajar memahami secara jelas konsep masyarakat kerana factor-faktor berikut :-
1. Hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat.
2. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup masyarakat.
3. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.
4. Memupuk kerjasama yang berterusan dalam amsyarakat sendiri dan dengann masyarakat lain. Jadi, sifat dan ciri masyarakat mesti difahami kerana masyarakat itu adalah satu yang dinamik.
Konsep Etnik
Anda telitikan takrif etnik sekarang:
“Satu sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam dari segi adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik adalah berkait rapat dengan konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat biologi. Di Malaysia, pelbagai etnik hidup secara berlainan tetapi tetap berada di bawah satu sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Di negara ini, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnosentrik itu mengaggap ciri-ciri budayanya sangat wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik yang lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun dikatakan berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.”
Jika anda berada di Sarawak dan Sabah, anda pasti dapat melihat dengan jelas pelbagai suku kaum yang terdapat di negeri-negri tersebut. Dari satu kaum berkembang pula kaum yang lain. Inilah yang dinamakan sub-etnik. Dalam satu etnik, terdapat satu jenis budaya. Ini menandakan adanya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas menyatukan anggotanya dengan nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
Tahukah anda pakah yang dinamakan etnosentrisme? Maksudnya ialah kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat dari kelompok lain.
Konsep Ras dan Rasisme
Di negara kita nampaknya konsep ras dan etnik kerap kali bercampur aduk sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Jadi, orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharaian.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda-tanda pengenalan bersama seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Lazimnya perbezaan warna kulit seperti seorang India yang berkulit hitam dengan seorang Cina yang berkulit putih kuning menjadi kriteria utama bagi membezakan kumpulan manusia.
Apakah yang dimaksudkan dengan rasisme?
Ia diertikan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesautu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prasangka buruk (prejudis) dan kuasa yang ditunjukkan melalui amalan pilih kasih (diskriminasi) warna kulit dan ciri-ciri fizikal-bilogikal yang lain.
Konsep Sangka Buruk (prejudis)
Apakah yang dimaksudkan dengan sangka buruk (prejudis)? Satu sikap negatif yang ditunjukkan oleh seorang individu dan kelompok tertentu terhada sesuatu bangsa, ras, etnik, individu dan masyarakat. Sikap sangka buruk ada dimana-mana sahaja dalam masyarakat dunia. Dalam konteks Malaysia, lazimnya ia dirujukkan kepada amalan sangka buruk antara pelbagai kaum dan masyarakat.
Diskriminasi
Sekarang mari kita pelajari apa itu diskriminasi? Ia ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau anggota kelompok etnik yang lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Pokoknya, diskriminasi ialah perbuatan membezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan cirri-ciri etnik semata.
Budaya
Definisi
1. Kamus Dewan (2005) mentakrifkan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Dengan lain perkataan, budaya bolehlah didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi system sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, keprcayaan, adat resam, sikap dan nilai.
2. Kamus Falsafah (1996) nenberikan maksud budaya sebaga: “Cara hidup bagi rakyat, termasuk sikap-sikap, nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan, seni, ilmu penegtahuan, bentuk-bentuk persepsi (pemerhatian), tingkah laku, tabiat dan kegiatan-kigiatan.”
Ciri-Ciri Budaya?
1. Budaya yang dipelajari.
2. Budaya yang dikongsi.
3. Budaya yang bersifat sejagat.
4. Budaya yang diwarisi.
5. Budaya yang berubah-ubah.
6. Budaya yang berunsur simbolik.
7. Budaya yang berpandangan semesta (world-view).
Perubahan
1. Seperti yang diketahui bahawa setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri. Ia terbentuk kerana adanya hubungan yang rapat dalam kalangan anggota seseuah masyarakat itu. Sebai contoh, masyarakat Melayu di desa-desa telah wujud berpuluh abad lamanya iaitu sebelum kedatangan budaya asing (Cina, India, Aab dan Eropah). Masyarakat berubah kerana zaman beredar.
2. Dalam konteks masyarakat Melayu di negara ini, orang-oarng Melayu berpindah ke Rancangan FELDA (Lembaga kemajuan tanah Perseketuan) dalam tahun 60’an. Pergerakan orang-orang Melayu dari luar bandar ke bandar KL berlaku dalam era 70an. Objektif utamanya adalah untuk ekonomi dan pelajaran.
3. Mutakhir ini perpindahan masyarakt Melayu diluar bandar berhijrah ke bandar besar seperti KL, JB, Ipoh, Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Seremban, Melaka, Kucing dan lain-lain bandar di seluruh negara menjadi semakin rancak akibat pelaksaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Wawasan 20/20.
Faktor
Jika kita mengkaji factor-faktor kenapa berlakunya perubahan dalam masyarakat Melayu, ini adalah disebbakan oleh factor-faktor berikut:
1. Manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta, mengubah, menambah dan melastarikan budaya. Mereka menurunkannya dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Selanjutnya, generasi yang menerima telah mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan situasi sosial dan fizikal semasa.
2. Manusia yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya: bdaya material seperti Tembok Besar Cina dan budaya bukan material seperti system kepercayaan dan pemikiran. Paduan kedua-dua budaya ini menjadi pemacu kepada kemajuan sesebuah masyarakat.
3. Penglibatan setipa anggota masyarakat adalah diperlukan bukan sekadar untuk mengatir pengurusan hidup harian seperti politik ekonomi dan pentadbira, tetapi melibatkan juga nilai, norma, emosi dan sebagainya.
Hubungan Etnik Di Malaysia
Faktor Mempengaruhi
Perbincangan dalam bab ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara etnik yang dapat dilihat dalam tiga suku kaum terbesar di Malaysia – Melayu, Cina dan India. Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula pelbagai suku kaum/etnik/sub-etnik
Komposisi Dan Taburan Penduduk Sebelum Merdeka
- Walaubagaimanapun, pada pertengahan kurun ke 19, orang-orang Cina dan India telah berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kapitalisme penjajah Inggeris yang bertanggungjawab membawa orang-orang asing masuk ke negara ini untuk bekerja di lombong-lombong bijih dan ladang-ladang getah.
- Kesan yang nyata dari dasar liberalisme ekonomi Inggeris itu telah menyebabkan berlakunya proses pembentukan pelabagai kaum di Tanah Melayu. Nyata sekali bahawa penghijrahan secara besar-besaran dalam kalangan imigran Cina dan India telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
- Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil iaitu dari 54% merosot 49% pada tahun 1921. Peratus warga Melayu menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931. Lihat Jadual (A) dan (B).
- Kemajmukan penduduk di Tanah Melayu telah menyebabakan Inggeris mentadbir negara ini dengan menggunakan dasar ‘pecah dan perintah” (divide and rule). Dasar yang bersifat tipu helah politik ini telah menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang semakin ketara di Tanah Melayu akibat pengkhususan orang-orang Melayu yang hanya bekerja dalam sektor pertanian, sementara orang-orang Cina diberikan ruang di dalam sektor perniagaan, dan orang-orang India pula dalam bidang perladangan.
Penduduk Utama Malaysia
Komposisi penduduk di negara ini boleh diperincikan dengan melihat etnik-etnik yang terdapat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Masing-masing etnik ada sub-etnik yang dapat dibezakan berdasarkan negeri, dialek bahasa dan lain-lain corak budaya yang diprakstiskan. Contohnya, terdapat sub-etnik seperti suku Banjar yang bayak terdapat di Tanjung Karang, Selangor, Parit Buntar Perak, dan Senggarang, Batu Pahat, Johor. Suku Mandailing banyak yang tinggal di negeri Perak dan Selangor. Suku Jawa banyak terdapat di Johor dan Selangor.
Komposisi Kaum dan Suku Kaum Penduduk Malaysia
Semenanjung Malaysia
|
Sabah
|
Sarawak
| |||
Melayu
|
Cina
|
India
|
Orang Asli
| ||
· Banjar
· Boyan
· Bugis
· Jawa
· Kampar
· Kerinci
· Mendaling
· Minangkabau
· Rawa
· Johor-Riau
|
Hokien
· Chuan-chew
· Chin-chew
· Eng-hua
· Eng-choon
· Hok-chew
Kwangtung
· Teochew
· Hakka
· Hailam
|
· Malayali
· Punjabi
· Selon
· Tamil
· Telegu
|
· Negrito
· Senoi
· Melayu Asli (setiap rumpun ini pula terdiri daripada suku kaum)
|
· Kadazan
· Bajau
· Dusun
· Murut
· Bisaya
· Kadayun
· Orang Sungai
· Suang Laut
· Brunei
|
· Bidayuh Bisaya
· Iban
· Kayan
· Kedayan
· Kelabit
· Kenyah
· Melanau
· Melyau
· Murut
· Penan
· Punan
|
Etnik Melayu
Bagi memahami dengan lebih mendalam kedudukan orang-oarang Melayu di Tanah Melayu, kita huraikan sejarah dan sosio-budaya masyarakat Melayu.
1. Orang Melayu dapat ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu dimana nenek moyangnya datang dari Indo-China dan Yunan lebih 3,500 tahun dahulu. Walaubagaimanapun, kewujudan etnik Melayu di negara ini juga adalah disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia sejak abad kesembilan lagi.
2. Antara kumpulan penduduk Indonesia yang ramai berpindah ke Tanah Melayu ialah etnik Minangkabau, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Mandailing, Kampar dan Rawa. Kebanyakan mereka berhijrah beramai-ramai pada zaman penjajahan Inggeris kerana menjadi buruh kontrak dan buruh bebas diladang-ladang kopi dan getah.
3. Selain itu, ada juga orang-orang Melayu yang berasal dari Patani (Selatan Thai).
Kebanyakan mereka bertumpu di Kelantan, Kedah dan di utara Perak.
Ekonomi
1. Corak ekonomi orang-orang Melayu berubah dan meleset sadikit demi sedikit apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-asing telah mengubah strukur ekonomi masyarakat Melayu. Beberapa buah bandar baru seperti Por Weld (Perak), Kuala Lumpur (Selangor) dan lain-lain telah muncul sebagai pusat-pusat ekonomi baru.
2. Sebaliknya, kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau di perkampungan masing-masing. Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa kesemasa, namun peratusan kaum Melayu di bandar-bandar baru ini kekal kecil.
3. Akibat perdagangan yang berat sebelah, prsetasi ekonomi orang Melayu di zaman
penjajahan tidak mencapai sebarang kemajuan. Penjajah Inggeris sengaja tidak mahu memajukan orang-orang Melayu dalam semua bidang penghidupan terutama di luar bandar.
Etnik Cina
Etnik Cina
1. Sebelum kedatangan Inggeris, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil. Kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengabilan Pulau Pinang oleh Inggeris dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura dari Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826.
2. Pada peringkat permulaan, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong telah mencecah hampir 10,000 orang; dan di Larut, Perak, pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang. Kawasan-kawasan lombong bijih timah di Kuala Lumpur, seperti di Ampang, Sungai Kancing dan Klang di Selangor, kesemuanya diuasahakan oleh buruh-buruh Cina. Akibat peluasan kegiatan ekonomi perlombongan, penempatan-penempatan baru masyarakat Cina telah dibuka.
3. Selanjutnya, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu digerakkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangcu dengan menggunakan surat kebenaran yang dipanggil Surat Sungai. Implikasi dari system ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor telah menacapai 100,000 orang.
4. Pihak Inggeris menggalakkan kemasukan buruh Cina ke tanah ayer dengan meluluskan beberapa undang-undang seperti the Chinese Immmigrants and The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan Perlindungan Orang Cina pula ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan buruh-buruh Cina.
5. Imigran Cina ke Tanah Melayu terdiri dari pelbagai suku kaum dengan perbezaan loghat yang ketara, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama adalah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Suku Hokkienlah yang terbesar sekali sehingga kehari ini. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan.
6. Bilangan orang Cina kini setabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun
1967, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu adalah seramai 2, 332, 936 orang.
Sehingga tahun 1957, 37% penduduk Tanah Melayu adalah terdiri dari kaum Cina.
Walaubagaiamanapun, peratusan terakhir kaum Cina telah menurun ke paras 25% sahaja berdasrkan laporan akhbar-akahbar tempatan (Oktober, 2007).
Kaum India
1. Dalam konteks komuniti India di negara ini, hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa kurun lalu. Pada Abad Pertama Masihi, penganut-penganut agama Hindu-Buddha telah menyebarkan agama mereka di Nusantara.
2. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pedagang-pedagang India menjalankan perniagaan rempah ratus di Pelabuhan Melaka.
3. Penghijrahan masyarkat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. Mereka mulai bekerja sebagai peladan-peladang kopi dan tebu di Seberang Perai, Pulau Pinang. Selepas itu, kaum India menambahkan jumlah pekerja-pekarja mereka di kawasan-kawasan penanaman getah di Perak, negeri Semblan dan Selangor. Dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka tersebut telah berlipat ganda kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 98,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.
4. Komposisi suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu, kebanyakannya adalah terdiri dari suku Tamil yang berasal dari Tamil Nadu, selebihnya adalah Malayalam dan Telegu. Selain itu, orang-orang India yang berasal dari Sri Lanka dan Punjabi dari Utara India. Kumpulan Tamil adalah yang terbesar iaitu kira-kira 80%. Suku Malayalam di sekitar 7% dan Telegu 4%.
5. Buruh-buruh India telah datang kenegara ini samaada secara paksaan atau sukarela. Kumpulan yang dipaksa adalah terdiri dari banduan atau tawanan yang bekerja membina jalan-jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.
6. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ialah system Kangani. Mengikut sistem ini, seorang buruh India yang telah bekerja di Tanah Melayu apabila pulang ke India, dia hendaklah mencari seorang pekerja baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang-orang ini dikenali sebagai Kangani. Walaubagaiamanapun, sisitem ini dihapuskan pada tahun 1938.
Etnik Sabah dan Sawarak
1. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga meriah dengan pelbagai suku kaum dan sub-suku kaum. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah, misalnya, terdapat lebih kurang 23 suku kaum, tetapi suku Kaum Kadazanlah yang terbesar sekali. Ini diikuti oleh suku kaum Bajau, Murut, Suluk, dan Orang Brunei. Masyarakt kadazan-Dusun masih berpegang kepada animisme. Sebahagian kecil telah memluk agama Islam dan Kristian.
2. Di Sarawak, setiap suku kaum ada ciri-cirinya yang tersendiri. Antara suku kaum yang terbesar ialah Dayak, Iban, Melanau (Kristian dan Muslim), orang Melayu, Bidayuh, Penan dan Kelabit. Melainkan orang Melayu dan Melanau, dahulunya kebanyakan suku kaum pribumi Sarawak tinggal di kawasan hutan mendiami rumah panjang atau rumah sementara. Kini rumah panjang telah mengalami perubahan fikizal kerana arus pemodenan hidup yang kuat di negeri itu.
Pendekatan Menyatupadukan Masyarakat Malaysia
1. Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti prosesakomodasi, akultrasi, asimilasi, amalgamasi
2. Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing .
3. Akulturasi bererti penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza degan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan jati diri asal masyarakat penerima.
4. Asimilasi dapat difahami sebagai satu proses percantuman dan penyatuan antra kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. Asimilasi mutlak boleh berlaku apabila terhapusnya sesuatu kebudayaan sehingga tidak nampak apa-apa perbezaan lagi dengan kebudayaan lain. Contoh terbaik adalah kejayaan pemerintahan Thailand menjadikan orang-orang Melayu di Selatan Thai menagmbil nama-nama Thai sebagai tanda berlakunya asimilasi dengan bangsa Thai. Mislanya, nama Wan Sulaiman telah disiamkan menjadi Waeselame.
5. Amalgamasi adalah merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Misalnya, pendekatan yang paling berkesan adalah menerusi perkahwinan campuran antara pelbagai etnik seperti orang Cina berkahwin dengan orang India.
Jadual Komposisi Penduduk Malaysia, 2000 dan 2005
Etnik
|
Tahun 2000
|
Tahun 2005
| ||
Juta
|
Peratus
|
Juta
|
Peratus
| |
Bumiputera
|
14.35
|
65.0
|
16.06
|
65.9
|
Cina
|
5.76
|
26.1
|
6.15
|
25.3
|
India
|
1.70
|
7.7
|
1.83
|
7.5
|
Lain-lain
|
0.27
|
1.2
|
0.32
|
1.3
|
Jumlah Penduduk
|
22.08
|
100
|
24.36
|
100
|
Cabaran Pembinaan Negara Malaysia
Setelah kita memahami pelbagai formula untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional, kini kita akan memfokuskan perbincangan tmenegnai cabaran-canaran untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia. Cabaran-cabarannya adalah seperti berikut:
Perpaduan
Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutama negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti Malaysia. Pertelingkahan kaum selepas Pilihan Raya Umum 1969 telah mengakibatkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 berlaku. Tragedi nasional itu menandakan perpaduan kaum-kaum di Malaysia pada masa itu berada pada tahap yang rendah.
Pengagihan Kekayaan
Dari segi agihan pendapatan, Kerajaan Malaysia sedar bahawa rata-rata orang Melayu berada dalam kemiskinan dengan kadar 64.8 %, berbanding dengan bukan Melayu (26%) seperti yang dibanci pada tahun 1970. Jurang perbedaan pendapatan antara Bumiputera dengan Bukan Bumiputera masih lagi tinggi. Sbagai conto, RM 1 pendapatan bagi orang Melayu berbanding dengan RM 2.3 bagi orang Cina dan RM1.8 bagi orang India pada tahun 1970. Jadi, faktur pendapatan yang tidak seimbang antara bumi puetera dengan bukan bumiputera bahkan bagi semua rakyat di negara ini merupakan factor yang paling kuat mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.
Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan warisan penjajah Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Wujud kepelbagian sekolah mengikut kaum dan tempat tinggal masing-masing. Akibatnya sistem pendidikan di Malaysia menghadapi masalah polarisasi antara pelajar-pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain suku kaum di Sabah dan Sarawak di semua peringkat pengajian. Jadi, matlamat untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum masih belum dapat dicapai sepenuhnya.
Perbezaan Kepercayaan dan Agama
Perbezaan kepercayaan dan agama antara pelbagai kaum di Malaysia telah menyebabkan berlaku beberapa ketegangan dan prasangka antar penganut pelbagai agama sehingga menimbulkan sensasi yang boleh mengancam kestabilan politik negara. Sebagai contoh, pembinaan kuil-kuil Hindu di beberapa buah negeri tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa telah menyebabkan penduduk-pendudk Islam di negara ini merasa tidak puas hati. Sebaliknya, orang-orang Kristian merasa bimbang dengan proses Islamisasi yang berlaku dalam era Pemerintahan Dr.Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat.
Penggunaan Akhbar
Penggunaan akhbar yang berbeza-beza seperti akhbar dalam Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil telah menyebabkan semangat perkauaman menyemarak dalam keadaan-keadaan tertentu sehingga ianya kelihatan boleh mencetuskan rusuhan antara kaum di Malaysia.
Jati Diri
1. Salah satu aspek yang mejadi jati diri rakyat Malaysia ialah mengiktiraf adanya perbezaan agama dan budaya di Malaysia. Perbezaan agama tidak menjadi factor penghalang perpaduan rakyat Malaysia. Sebaliknya sikap toleransi dan hormat menghormati antara pelbagai penganut agama – Islam, Buddha, Hindu, Konfusius/Toa, Sikh dll adalah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia.
2. Walaupun masyarakat Malaysia terpaksa menerima pembangnan, kemajuan dan idea-idea progresif, pemodenan, industrilaissi, pembandaran dan globalisasi, Wawasan 20/20 telah menetapkan bahawa corak pembangunan di negara ini hendaklah berteraskan acuan Malaysia – menghormati dan menghayati budaya Timur.
Identiti Nasional
1. Rakyat Malaysia telah menerima Rukun Negara sebagai lambang identiti nasional. Ia adalah asas utama untuk menjamin kestabilan politik dan kesejehteraan hidup rakyat.
2. Islam telah diterima sebagai agama rasmi negara dan lain-lain agama dapat mengamalkan agama masing-masing dengan bebas.
3. Bunga raya adalah Bunga Kebangsaan bagi negara Malaysia.
4. Jalur Gemilang adalah labang kedaulatan negara.
5. Negaraku adalah Lagu Kebangsaan.
6. Baju Melayu, baju kebaya/kurung serta baju batik adalah pakaian kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia.
Rajah E
Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Mengikut Ethnik 1970
Kaum
|
Kadar Kemiskinan (peratus)
|
Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (RM)
|
Melayu
|
64.8
|
172.00
|
Cina
|
26.0
|
394.00
|
India
|
39.2
|
304.00
|
Lain-lain
|
44.8
|
813.01. 0
|
Lampiran
Pelbagai Kaum Di Malaysia
Kaum Cina berkerja di kawasan perlombongan
Peristiwa 13 Mei 1969
Pengunaan akhbar sebelum kemerdekaan
Kaum India yang berkerja di Ladang Getah
Rumusan
Dalam huraian di atas, kita dapat merumuskan bahawa konsep masyarakat di Malaysia adalah bersifat dinamik. Walaupun bangsa Melayu telah berkomromi kerana polisi “pecah dan perintah” penjajah Inggeris Inggeris yang bertanggungjawab membawa masuk buroh-buroh dari Cina dan India, tetapi pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah satu peristiwa sejarah. Justeru, kemajmukan masyarakat di Malaysia adalah satu yang unik. Meskipun ada halangan-halangan untuk menyatupadukan rakyat, tetapi asas-asas pembinaan sebuah negara bangsa yang majmuk adalah kukuh. Ini dapat dilihat dalam pelbagai strategi yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan tragedi 13 Mei, 1969 berulang.